Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: APER PENDANPAT ADIK BERADIK SEMUA


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:
APER PENDANPAT ADIK BERADIK SEMUA


Edisi Nasional: Geng mamak kembali?


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Saki-baki kumpulan penjenayah paling digeruni, Geng Mamak, dipercayai kembali menunjukkan taring apabila tampil menggunakan taktik menyamar anggota polis bagi memperdaya mangsa ketika melakukan jenayah.


Dalam kes terbaru semalam, kumpulan terbabit seolah-olah cuba mencabar maruah polis apabila menggunakan kereta menyamai kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi bernombor plat palsu, selain memperkenalkan diri sebagai pegawai polis ketika melakukan jenayah.

Anggota asal Geng Mamak yang aktif sekitar 1990-an hingga 2004 kerap menggunakan taktik menyamun mangsa dengan menyamar anggota polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain pernah memperkenalkan diri sebagai orang kenamaan (VIP) dan menggunakan gelaran Tengku.

Sumber polis cawangan Jenayah Berat (D9) berkata, dalam kejadian terbaru itu, dua ahli perniagaan menjadi mangsa selepas dirompak sekumpulan penjenayah yang menaiki kenderaan menggunakan nombor plat menyamai kereta polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 25 dan 26 tahun mendakwa didekati lima hingga enam lelaki yang keluar dari sebuah kereta ketika berada di hadapan sebuah hotel lima bintang di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Penjenayah bersenjatakan pisau dan kayu itu kemudian menahan dua lelaki terbabit sebelum memaksa mereka menyerahkan wang hampir RM1,600 serta telefon bimbit.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum siasatan dan semakan nombor plat kereta milik penjenayah terbabit melalui JPJ mendapati WLQ 758 adalah palsu walaupun kenderaan asal adalah model pacuan empat roda Isuzu, juga milik PDRM.

Dalam kes berasingan, sekumpulan tiga penjenayah turut dikesan menyamar polis sebelum memasuki sebuah hotel dengan berpura-pura mahu melakukan pemeriksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, seorang pekerja kontrak warga China berusia 34 tahun bersama rakan senegara terkejut apabila pintu bilik hotel didiami mereka di Jalan Maharajalela di sini, diketuk.

Sebaik mangsa membuka pintu, ketiga-tiga lelaki terbabit menyerbu masuk ke bilik dan mengaku anggota polis.

Sumber polis berkata, penjenayah terbabit tidak menunjukkan kad kuasa polis tetapi memakai jaket hijau dengan logo polis di sebelah kanan lengkap dengan pelekat nama.

Menurutnya, ketika kejadian, penjenayah terbabit mendakwa sedang menjalankan tugas membuat pemeriksaan di bilik hotel didiami mangsa sebelum meminta dokumen pengenalan milik rakannya.

Sebaik mangsa menyerahkan pasport, dua daripada penjenayah terbabit mengarahkannya masuk ke tandas sebelum seorang lagi penjenayah memeriksa beg rakannya.

Polis palsu itu kemudian mengugut membawa warga China terbabit ke balai polis, tetapi dihalang mangsa.

Akibatnya, mangsa dipukul dan dibelasah beramai-ramai sehingga cedera di kepala dan mulut.

Penjenayah terbabit kemudian merampas wang tunai RM4,000 dan telefon bimbit milik mangsa selain turut melarikan wang tunai RM600 dan dua telefon bimbit milik rakannya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala dan dua jahitan di mulut.

Jun tahun lalu, sumber polis mendedahkan, beberapa anggota Geng Mamak yang ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, menggunakan ‘perantara’ bagi menyalurkan maklumat mengenai sasaran rompakan kepada konco-konco mereka.

Pada masa sama, beberapa orang kanan kumpulan itu juga dipercayai giat mengatur pertemuan dengan anggota Geng Mamak lain di beberapa lokasi di seluruh negara.

Sejak empat tahun lalu, polis berjaya menahan beberapa orang kanan Geng Mamak dan membantu melumpuhkan kumpulan penjenayah yang dikatakan mengumpul kekayaan bernilai jutaan ringgit hasil kegiatan rompakan gudang serta melarikan lori yang dipenuhi pelbagai muatan.

Sehingga ini, polis percaya anggota kumpulan berkenaan terbabit dalam lebih 150 kes rompakan dan samun di seluruh negara.

Kegiatan Geng Mamak terbongkar selepas mereka mencuri jongkong emas bernilai RM10 juta di bilik kebal kargo Penerbangan Malaysia di Subang pada 31 Ogos 1994.

Geng itu dipercayai dianggotai 15 lelaki, termasuk enam beradik dari Kuala Kangsar, Perak. Mereka hidup mewah kerana memiliki beberapa rumah dan sering menginap di hotel mewah yang dijadikan tempat perlindungan sementara.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:

As'kum ///

Geng mamak kembali? tak tau lah pulak saya :P eheh 2 hari tak belik surat kabar

Bewaspada agar kite sume tak telibat and membabikan diri kite sumer :)


__________________
Ikhlas Jujur Amanah ( BERSATU ) Taatsatia ( TAAT ) Radho Barkorban Barjuang ( SRTIA ).


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

A'kum,


Biar saja Polis yang urus kes ini. Apa nak jadi dunia ini??????


Wassalam



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

wat bodo jer...kalo kaco adik beradik..perang la..


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard