KOTA TINGGI: “Saya maafkan, bukan hanya pada keluarganya, malah pelatih itu sendiri yang menyebabkan anak saya (Allahyarham Haziq Jaafar) meninggal dunia,” kata Fadzilah Mohd Yassin, 39, di sini semalam.
Fadzilah, ibu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang meninggal dunia dalam pergaduhan di Kem PLKN Padang Hijau, Kluang, 21 April lalu, berkata demikian selepas menerima kunjungan B Ganeswari, 38, ibu pelatih yang dituduh menyebabkan kematian Haziq.
Mereka bertemu buat kali pertama di rumah Fadzilah di Ladang Tai Tak, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Fadzilah berkata, dia sekeluarga reda dengan kejadian yang berlaku ke atas anak sulungnya dan tiada apa yang boleh mengembalikan anaknya semula.
“Tiada apa yang hendak dipanjangkan. Kami reda dengan apa yang berlaku dan kami maafkan pelatih berkenaan (tertuduh) serta keluarganya.
“Dalam kes anak Ganeswari pula, biar pihak berkuasa menentukan segalanya kerana negara kita ada undang-undang, tetapi kami sekeluarga sudah memaafkannya,” katanya.
Fadzilah berkata, selepas tiga minggu kehilangan Haziq dia masih lagi tidak tenang dan sentiasa teringatkannya, terutama apabila terpandang barang Allahyarham yang masih tersimpan rapi di bilik tidur.
Katanya, kehadiran keluarga pelatih yang dituduh terbabit dalam pembunuhan anaknya sentiasa dinantikan dan akhirnya hasrat itu termakbul.
Dalam pertemuan semalam, Ganeswari bersama 18 jirannya dari Kampung Persiaran Kempas, Johor Bahru, datang ke rumah Fadzilah bagi memohon maaf atas apa yang berlaku hingga menyebabkan keluarga berkenaan kehilangan anak sulung mereka.
Suasana pilu menyelubungi rumah Fadzilah apabila kedua-dua ibu itu menangis berpelukan, sambil Ganeswari memohon maaf atas kejadian yang berlaku.
Rombongan yang datang menggunakan dua kereta dan satu van itu kemudian menyertai majlis tahlil yang diadakan untuk Allahyarham.
Anak Ganeswari didakwa menyebabkan kematian Haziq dengan menendang kepala mangsa dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, 3 Mei lalu.
Dia tidak mengaku bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Majistret Abdul Malek Ayub menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan perubatan tertuduh. Dia diikat jamin RM3,000 yang dibayar oleh bapanya, Krishan Subramaniam.
betul tu...kalau lah nak diikutkan hati,nahas budak india tu orang melayu keje kan...tapi nak wat camne sbab negara kita nie ader undang2...janganlah kita bersikap melulu dan tau nak langgar jer....ada batas nyer...
bismillah...A'kum... mintak izin bagi pandangan...
budak2 punya hal... jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar... hangpa ingat senang ke nak pertahankan kemakmuran negara ni... takkan hal kecik pon nak perbesarkan ..cuba pikir sket guna akal tolak nafsu.. hari ni mak ayah kita..adik2 kita,kakak2 kita bebas berjalan sana sini..keluar bekerja..pergi pasar ...boleh pergi dan balik dengan selamat kerana keamanan masih dipertahankan... kalau hal2 kecik camni pun hangpa nak perbesarkan satu hari nanti nak kuar rumah pon susah..adik2 ,kakak2 dan mak ayah kita mungkin takkan dapat pergi dan pulang dengan selamat lagi... yang aku sedih sangat hangpa semua tahu kemuliaan umat akhir zaman ni adalah dakwah... sebab pe kita buat amalan sikit Allah bagi pahala banyak ,,sebabnya kita umat akhir zaman ni Allah bagi satu kerja yang mana sebelum ni hanya Allah bagi pada nabi2 ..keje tu adalah dakwah... kemuliaan kita sampai jadi umat pertama masuk syurga bukan kerana kita kuat ..bukan kerana kita berani bergaduh..bukan kerana kita berani membunuh tapi kerana dakwah ilallah..... tapi yang aku lihat kita lebih banyak berbicara sesuatu yang tidak berkaitan dakwah... ingat saudaraku sebelum nabi pi perangi sesuatu kerajaan atau sesuatu kaum nabi akan dakwah mereka dulu... banyak syaratnya..banyak adabnya..bukan senang2 nak bunuh orang... kadang2 aku duk termenung aku pikir matinya seorang kafir maka nerakalah ia selamanya sedih sangat... masa tu aku terasa yang aku turut berdosa sebab aku x berdakwah padanya... dakwah tu tanggung jawab kita.. kalau setakat nak berperang tentera2 Allah dikalangan malaikat jauh lebih hebat dr kita... jangan lupa saudara ku yang di kasihi kita hari ni umpama buih2 di lautan...kalau kita asyik terleka mungkin Allah akan pilih musuh2 kita mengambil tempat kita....kelak kita pula menjadi golongan yang sesat.... sayangilah sesama insan... sayangilah sesama islam... berkasih sayanglah sesama kita kerana Allah....
-maafkan saya kalau nukilan saya ini tidak disenangi saudara sekalian..apa yang saya nukilkan ikhlas dari hati yang cintakan keamanan.. hati yang gembira dapat melihat umat islam masih mampu beribadat tanpa gangguan....hati yang mahu islam kan mereka yang kafir...