Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kebiadapan NGO lakhnat


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:
kebiadapan NGO lakhnat


500 bantah forum


GEORGETOWN: Kira-kira 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Anti Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (BADAi) mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di Jalan Penang di sini, bagi membantah penganjuran satu forum yang didakwa menghina Islam, semalam.





Demonstrasi yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi, bersurai dua jam kemudian atas nasihat polis tanpa mencetuskan sebarang kejadian tidak diingini.

Forum Perlindungan Kepada Semua anjuran bersama Aliran dan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar diri mereka Artikel 11 membincangkan isu berkaitan Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (IFC) termasuk sistem kehakiman dan penolakan sebarang usaha menjadikan Malaysia negara teokratik.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Hamzah Md Jamil, berkata kumpulan yang mengadakan demonstrasi tanpa permit itu diarahkan polis untuk bersurai pada jam 10.30 pagi.

“Tiada tangkapan dibuat selepas penunjuk perasaan memberi kerjasama kepada polis,” katanya di tempat kejadian.

Ketua Polis negeri, Datuk Christopher Wan Soo Kee yang turut berada di hotel berkenaan, berkata polis terpaksa membatalkan forum itu atas alasan keselamatan orang awam.

"Kita terpaksa utamakan ketenteraman awam dan pada waktu ini ia jalan terbaik yang diambil polis," katanya kepada pemberita semalam.



selepas menemui penganjur forum itu.

Sementara itu, Aliran dan Artikel 11 kecewa dengan tindakan polis membatalkan forum berkenaan kerana ia diadakan di tempat persendirian.

Presiden Aliran, P Ramakrishnan berkata, beliau kecewa walaupun ada kira-kira 200 polis mengawal demonstrasi itu, forum berkenaan masih terpaksa ditamatkan.

"Ini forum anjuran kami yang ketiga dan forum sama di Petaling Jaya dan di Melaka tidak berhadapan masalah seperti ini," katanya.

Sementara itu, Artikel 11 mendakwa Malaysia bukan negara Islam, sebaliknya negara yang mengamalkan undang-undang sekular.

Kumpulan NGO itu turut menentang sebarang usaha menjadikan Malaysia sebagai negara teokrasi atau mengambil mana-mana undang-undang sesuatu agama sebagai tunjang perundangan negara.
 
-petikan berita harian 15 mei
 
 
ada apa dengan mereka ini... ifc............lakhnat...

__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

a'kum... maafkan saya kalau terkasar bahasa... kite sebagai rakyat malaysia ingin sekali mempertahankan keamanan dan kemakmuran... prinsip2 kebebasan beragama kita masih kekalkan namun amatlah mengguris hati apabila mereka2 yang bertindak seperti yahudi sengaja mencabar serta cuba mengugat keamanan yang amatlah kita pertahankan... semoga ifc di beri amaran yang sekeras-kerasnya oleh pihak kepimpinan.. mereka perlu dihalang dari mencemari kedaulatn negara kita sebagai sebuah negara islam.... -tolong jangan campur hal ehwal islam ... ingatlah wahai ifc..kajilah sejarah...


-ingatlah islam sentiasa kuat dan benar....



__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Mereka seharusnya sedar di bumi mana mereka berpijak. Jangan sampai nanti ada yang kena pijak.....

__________________
Otol's


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Akum,


Kenapa mereka ini,tiada kerja lain ke? Negara kita telah bagi kebebasan beragama, dan peminpin kita telah kata MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM.........tak faham lagi atau kenapa balik sekolah lagi.


Wassalam



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

hhmmm...macam2 la diorg nie..salah kita jugak..berlembut sangat..apa diorg mintak kata ikutkan..nama je negara islam tapi maksiat merata rata..pada saya,pemimpin harus lebih tegas dalam membuat keputusan..

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

NEGARA ISLAM KA ALONG? BETOI KA? BUKAN SENANG NAK ISLAMKAN NEGARA NI....


AQIDAH SEBUAH NEGARA.....



__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard