14 lelaki ditahan bantu siasat pelajar dibunuh Oleh Osman Lisut
KUALA LUMPUR: Polis menahan 14 lelaki untuk membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar sekolah agama yang diserang di Jalan Udang Ketak, Taman Sri Segambut di sini, awal pagi kelmarin.
Tiga lelaki berusia 17, 21 dan 22 tahun ditahan di rumah mereka di Segambut antara jam 11 malam kelmarin hingga 2.30 pagi semalam, iaitu beberapa jam selepas kejadian itu.
Pada masa sama, polis yang melakukan rondaan turut menahan sekumpulan 11 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an kerana cuba membuat kecoh di sekitar Taman Sri Segambut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Karn Kam Peng, berkata pemeriksaan di rumah tiga lelaki itu, polis menemui baju, seluar jeans, kasut dan parang panjang dengan kesan darah.
“Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes serangan ke atas pelajar terbabit. Semua barang bukti itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Kelmarin, Mohd Taufiq Ali, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Agama Sungai Udang di Melaka mati jam 1.05 pagi selepas dua jam dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat diserang dua lelaki bersenjata.
Ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari membeli barang di pasar malam berdekatan rumahnya di Taman Sri Segambut.
Bagaimanapun, ketika melalui satu kawasan gelap di taman perumahan itu, motosikal mangsa ditahan dua lelaki memakai topi keledar penutup penuh sebelum menetaknya beberapa kali, dengan dua tetakan mengenai kiri kepala dan satu pada bahu.
Akibat tetakan itu, mangsa bersama motosikal terjatuh di atas jalan.
Karn berkata, siasatan awal polis mendapati pembunuhan itu bermotifkan salah faham antara dua kumpulan lelaki yang bertelagah dan kejadian berkenaan adalah membalas dendam.
Sementara itu, Majistret Izatul Akmal Maharani membenarkan perintah tahanan reman lima hari sehingga 19 Mei ini terhadap semua lelaki terbabit bagi menjalankan siasatan berhubung pembunuhan berkenaan.
Ketiga-tiga lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Memang agak menyayat hati. Dengarnya tangan kawan tu kena potong. tapi Tak per, kita jangan melatah. Polis dah ambil kes ni. Dengan cepat India tu dah kena tangkap. Negara kita kan ada undang undang.
Yang penting jangan kita masing masing nak tunjuk poyo tak tentu pasal.menyebabkan berlaku pergaduhan dan permusuhan. Menang jadi abu. kalah jadi arang.
LangBuana wrote: Memang agak menyayat hati. Dengarnya tangan kawan tu kena potong. tapi Tak per, kita jangan melatah. Polis dah ambil kes ni. Dengan cepat India tu dah kena tangkap. Negara kita kan ada undang undang.
Yang penting jangan kita masing masing nak tunjuk poyo tak tentu pasal.menyebabkan berlaku pergaduhan dan permusuhan. Menang jadi abu. kalah jadi arang.
A'kum ///
Yah betul cakap abg LangBuana. Negara kita kan ada undang. Serah kan itu sume kepada udang2
Memang agak menyayat hati. Dengarnya tangan kawan tu kena potong. tapi Tak per, kita jangan melatah. Polis dah ambil kes ni. Dengan cepat India tu dah kena tangkap. Negara kita kan ada undang undang. Yang penting jangan kita masing masing nak tunjuk poyo tak tentu pasal.menyebabkan berlaku pergaduhan dan permusuhan. Menang jadi abu. kalah jadi arang.
Betul cakap Saudara LangBuana itu. kalau kita masuk campur lagi kacau. bila pihak yang berkuasa uruskan hal ini.
buat masa nie biarlah pihak berkuasa yg uruskan...kita nie semua biar stanby dulu jangan tahu nak langgar jer silap2 kita plak yg kena tangkap nanti...
LangBuana wrote: Memang agak menyayat hati. Dengarnya tangan kawan tu kena potong. tapi Tak per, kita jangan melatah. Polis dah ambil kes ni. Dengan cepat India tu dah kena tangkap. Negara kita kan ada undang undang. Yang penting jangan kita masing masing nak tunjuk poyo tak tentu pasal.menyebabkan berlaku pergaduhan dan permusuhan. Menang jadi abu. kalah jadi arang.
SAlam///
Mmm dengan cara inilah baru negara buleh aman.Yg penting kita x cepat melatah,serah pada yg berkuasa.Mudah-mudahan berhasil.....
*TUGAS RASMI POLIS MEMBENTERAS JENAYAH DAH SEDIA BERJALAN,TUGAS KITA MEMANTAU ADIK-ADIK CAMNA AGAKNYA*