Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Amaran ayam tanpa kepala


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:
Amaran ayam tanpa kepala


KUALA LUMPUR: Anak buah Tiger Snook mengganas lagi apabila mengugut dengan meletakkan dua ekor ayam tanpa kepala sebagai tanda amaran kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kawasan Bukit Bintang di halaman rumahnya di Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat di sini, kelmarin.


href='http://avn.innity.com/cl?n=5701782' target='_blank'>src='http://avn.innity.com/vw?&campaignid=1058&what=bannerid:633&n=5701782' border='0'
alt=''>



Ayam tanpa kepala itu bermaksud �maut� bagi pengikut kumpulan Tiger Snook dan tindakan membalas dendam akan menyusul daripada kumpulan mereka.

Selain itu, pengikut Tiger Snook juga memotong pili air di pejabat pertubuhan itu di Bukit Bintang dan meninggalkan pesanan ugutan tindakan susulan yang dahsyat akan muncul.

Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman, berkata isterinya menemui ayam tanpa kepala itu di atas bonet keretanya ketika hendak keluar ke pasar.

Katanya, pengikut Tiger Snook juga sering mengugut untuk mencederakannya sekiranya terjumpa di mana-mana kawasan di ibu kota.

�Akibat ugutan itu, saya membuat aduan di Balai Polis Tun Razak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

�Kita akan menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengheret dalangnya ke muka pengadilan,� katanya.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan pengikut Tiger Snook menghantar ayam berkenaan semata-mata untuk menakutkannya.

Selepas gagal membelasah pemimpin kanan Pekida, pengikut Tiger Snook membelasah seorang ahli Pekida sehingga koma di Serdang dipercayai untuk membalas dendam.

Remaja berusia 20-an itu cedera di muka dan tangan dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Sebaik sedar daripada pengsan, remaja terbabit membuat aduan di Balai Polis Serdang.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:

assalamualaikum...semua ahli forum yg dikasihi


kenapa benda begini harus berlaku di kalangan kita sesama islam...


sepatutnya kita bersatu untuk menegakkan syiar islam..bagi koncuČ tiger snook bertaubatlah..


sekiranya ada di kalangan kita mengetahui ahliČ ini pujuklah untuk balik ke pangkal jalan, masih belum terlambat lagi..


 


wassalam


AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

a'kum...


saya sokong apa yg perkatakan oleh hisham2006..


AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR


 


alif...ba..ta..



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard