Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hari Kiamat???


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Hari Kiamat???


Saya amat hairan, kenapa kita terlalu sibuk dengan
kiamat, itu kan satu yang dipercayai. Bila akan
terjadi kan bukan kerja kita. Jangan terganggu, hidup
mesti dteruskan seperti "biasa". Ikut suruhan panduan
agama. Memang saya percaya ini semua dakyah untuk
melemahkan orang islam. Supaya org islam ajdi kelam
kabut. Kita harus sedar, adakah org zaman dahulu tak
perlu kuat menjalankan perintah allah, sebab hari
kiamat lambat lagi?.. dan jenerasi sekarang perlu
lebih kuat sebab hari kiamat dah dekat?.. kan ini
semua tak betul.... kiamat atau tak kiamat kan
sepatutnya sama sahaja cara kita beramal dan menjalani
kehidupan.

Jadilah umat islam sejati. menang di dunia, menang di
akhirat. sekarang ni nampaknya kita nak menang di
akhirat sahaja.. di dunia diperkotak katik kan.. di
aniaya, di belasah.. ilmu pun tak cukup, mundur, jauh
sekali untuk mempertahankan diri....Cuba kita tanya,
agama kita suruh kita macam ni kah?

Rasanya patut kita bincang macam mana nak jadi
khalifah di dunia ni ... barulah org islam akan
menjadi lebih kuat....org islam tak menganggur, tak
meminta2,.. tak lah nak makan pun org lain yg buat,
lepas tu sibuk bercakap itu haram ini haram.. apa nak
sibuk2, kalau dah org Islam sendiri malas, orang lain
nak peduli apa kepada orang Islam..... haram tak haram
pun, dia bukan kisah. Cakap org Islam bersaudara..
cakap jer, tapi org Islam berniaga pun bukan ada org
Islam pergi bantu membeli dikedainya. Macam2 alasan
org Islam bagi untuk tak nak pergi... Kalau tak
percaya, cuba perhatikan, dimana org islam
berbelanja...

Kadang-kadang saya nak kata gak "Padan muka orang
Islam"


Diharapkan umat islam tidak mudah percaya kepada sebarang bentuk ancaman yang sebenarnya datang dari pihak kristian untuk menyesatkan akidah umat islam amnya.kerana mereka sememangnya tahu yang umat islam amat mudah mempercayai akan kehadiran hari kiamat yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu akan bila kedatangannya. Atas sebab itulah, pihak pendakwah kristian cuba untuk memesongkan akidah umat islam dengan mengadakan cerita tentang hentaman asteroid ke muka bumi. Sedangkan Nabi Muhammad (SAW) sendiri dirahsiakan kedatangan hari kiamat oleh Allah, maka sudah tentulah seluruh manusia di muka bumi ini tidak tahu akan bila kedatangannya. Apa yang boleh kita buat sebagai umat islam, memperbanyakkan amal soleh dan jangan mendekati maksiat. AMAR MAARUF NAHI MUNKAR. Allah dan Nabi Muhammad )SAW) telah menyenaraikan tanda-tanda kiamat dalam Al-Quran dan hadis, itulah yang sebenarnya yang kita boleh ambil untuk membuat rujukan dan iktibar.Sama-samalah kita berdoa semuga kita berada dalam golongan orang yang dirahmati oleh-Nya dan dijauhkan dari sifat terkeji.Kembali kepada Islam yang sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis, bukan islam ciptaan dan islam campur aduk dari kalangan pekapitalis-pekapitalis agama.Setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini telah Allah senaraikan dalam kitab suci Al-Quran. Jadikan ia sebagai pegangan dan pedoman, bukan email atau artikel yangboleh merosakkan akidah.
 


Hadis Sahl bin Saad r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia dikumpulkan di tanah putih bersih seperti roti yang lembut, tidak ada apa-apa untuk seseorang itu berlindung
Sekian, wassalam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

assalamualaikum..///


renungkan bersama: carilah harta(kerja)ibarat kite hendak hidup seribu tahun..beramal lah seperti kita hendak mati pada esok hari...


marilah kita renungkan bersama..


wassalam..



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

bekerjalah bersungguh-sungguh umpama hidup sribu tahun lagi


beribadatlah banyak-banyak umpama esok akan menghadap ilahi


 


 


maaf yer jika salah....tlg betulkan



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
cuba ertikan...??!!!



posting dari saudara katak_30:-


Kadang-kadang saya nak kata gak "Padan muka orang Islam".

MINTA ERTIKAN & BERI MAKSUD PADA ayat saudara di atas.
HARAP MAKLUM.



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard