Saya amat hairan, kenapa kita terlalu sibuk dengan kiamat, itu kan satu yang dipercayai. Bila akan terjadi kan bukan kerja kita. Jangan terganggu, hidup mesti dteruskan seperti "biasa". Ikut suruhan panduan agama. Memang saya percaya ini semua dakyah untuk melemahkan orang islam. Supaya org islam ajdi kelam kabut. Kita harus sedar, adakah org zaman dahulu tak perlu kuat menjalankan perintah allah, sebab hari kiamat lambat lagi?.. dan jenerasi sekarang perlu lebih kuat sebab hari kiamat dah dekat?.. kan ini semua tak betul.... kiamat atau tak kiamat kan sepatutnya sama sahaja cara kita beramal dan menjalani kehidupan.
Jadilah umat islam sejati. menang di dunia, menang di akhirat. sekarang ni nampaknya kita nak menang di akhirat sahaja.. di dunia diperkotak katik kan.. di aniaya, di belasah.. ilmu pun tak cukup, mundur, jauh sekali untuk mempertahankan diri....Cuba kita tanya, agama kita suruh kita macam ni kah?
Rasanya patut kita bincang macam mana nak jadi khalifah di dunia ni ... barulah org islam akan menjadi lebih kuat....org islam tak menganggur, tak meminta2,.. tak lah nak makan pun org lain yg buat, lepas tu sibuk bercakap itu haram ini haram.. apa nak sibuk2, kalau dah org Islam sendiri malas, orang lain nak peduli apa kepada orang Islam..... haram tak haram pun, dia bukan kisah. Cakap org Islam bersaudara.. cakap jer, tapi org Islam berniaga pun bukan ada org Islam pergi bantu membeli dikedainya. Macam2 alasan org Islam bagi untuk tak nak pergi... Kalau tak percaya, cuba perhatikan, dimana org islam berbelanja...
Kadang-kadang saya nak kata gak "Padan muka orang Islam"
Diharapkan umat islam tidak mudah percaya kepada sebarang bentuk ancaman yang sebenarnya datang dari pihak kristian untuk menyesatkan akidah umat islam amnya.kerana mereka sememangnya tahu yang umat islam amat mudah mempercayai akan kehadiran hari kiamat yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu akan bila kedatangannya. Atas sebab itulah, pihak pendakwah kristian cuba untuk memesongkan akidah umat islam dengan mengadakan cerita tentang hentaman asteroid ke muka bumi. Sedangkan Nabi Muhammad (SAW) sendiri dirahsiakan kedatangan hari kiamat oleh Allah, maka sudah tentulah seluruh manusia di muka bumi ini tidak tahu akan bila kedatangannya. Apa yang boleh kita buat sebagai umat islam, memperbanyakkan amal soleh dan jangan mendekati maksiat. AMAR MAARUF NAHI MUNKAR. Allah dan Nabi Muhammad )SAW) telah menyenaraikan tanda-tanda kiamat dalam Al-Quran dan hadis, itulah yang sebenarnya yang kita boleh ambil untuk membuat rujukan dan iktibar.Sama-samalah kita berdoa semuga kita berada dalam golongan orang yang dirahmati oleh-Nya dan dijauhkan dari sifat terkeji.Kembali kepada Islam yang sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis, bukan islam ciptaan dan islam campur aduk dari kalangan pekapitalis-pekapitalis agama.Setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini telah Allah senaraikan dalam kitab suci Al-Quran. Jadikan ia sebagai pegangan dan pedoman, bukan email atau artikel yangboleh merosakkan akidah.
Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia dikumpulkan di tanah putih bersih seperti roti yang lembut, tidak ada apa-apa untuk seseorang itu berlindung Sekian, wassalam.
Kadang-kadang saya nak kata gak "Padan muka orang Islam".
MINTA ERTIKAN & BERI MAKSUD PADA ayat saudara di atas. HARAP MAKLUM.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"