Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kedai mampu milik pikat Melayu ke bandar


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:
kedai mampu milik pikat Melayu ke bandar


Pendapat : Bina kedai mampu milik pikat Melayu ke bandar

PEMERHATIAN saya di beberapa bandar utama di negara maju dan
membangun menunjukkan adanya perancangan rapi dalam membina
kemudahan dan prasarana bagi memajukan bidang perniagaan.

Kebanyakan kedai yang dibina adalah kedai mampu milik dan kedai
mampu sewa di lokasi yang strategik.

Ruang yang dibina atau yang disewa adalah kecil. Kedai demikian
tidak memerlukan seseorang untuk berniaga dengan modal besar. Jika
diamalkan di Malaysia, pelbagai bangsa terutama Bumiputera mampu
berniaga.

Namun, di negara kita keadaan agak berbeza. Kedai dibina dengan
ruang besar dan biasanya mampu dibeli oleh golongan tertentu saja

Contoh kedai kecil mampu milik dan mampu sewa adalah seperti di
pasar raya terbesar di Seoul, Korea Selatan iaitu Lotte Mall;
Carreleon City (Perth, Australia), Shanghai (China), Cardiff City
(Wales, England) dan banyak negara lain.

Cadangan agar orang Melayu berniaga di bandar akan kekal sebagai
angan-angan jika kerajaan masih terus membenarkan kedai bersaiz
besar dibina.

Di samping itu, pasar raya yang terlalu banyak dan didirikan
berhampiran bandar sebenarnya membunuh kedai runcit dan perniagaan
kecil.

Ramai kalangan cerdik pandai dan pembuat dasar sebenarnya melihat
situasi ini ketika berada di luar negara sama ada ketika belajar,
melawat atau membuat kaji selidik.

Ke mana perginya ilmu dan pemerhatian dibuat itu pada hal kajian
dilakukan adalah ihsan wang rakyat diberikan melalui biasiswa dan
tajaan kerajaan?

Tidakkah pembinaan kedai besar dan pasar raya besar hanya
menguntungkan golongan kecil pemodal dan peniaga yang sudah kaya
raya yang akhirnya menindas golongan kerdil?

Lihat negara seperti Jepun, England, Belanda atau pun Indonesia yang
tidak menggalakkan pembukaan terlalu banyak pasar raya besar.

Sebenarnya kita ada banyak agensi atau syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) yang boleh membantu pengusaha Bumiputera jika mereka ada
wawasan dan menggunakan kajian cara kerajaan negara maju membantu
golongan peribumi mereka.

Majlis Amanah Rakyat (Mara), UDA Holdings Bhd, Tabung Haji,
Baitulmal, Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
sebenarnya boleh melabur dalam pembinaan rumah kedai kecil dan
sederhana di tengah bandar dan setiap bandar baru.

Buat apa kita terlalu sibuk memikirkan usaha melabur di luar negara
sedangkan pelaburan wang rakyat sepatutnya ditumpukan di dalam
negara terlebih dulu. Malah ada baiknya kita biarkan syarikat besar
milik swasta bersaing di pasaran luar negara sama seperti Samsung,
Toyota dan Canon serta banyak lagi syarikat gergasi Asia yang ke
negara kita.

Semoga cadangan membina kedai mampu milik dan mampu sewa akan
membolehkan lebih ramai usahawan dan peniaga Bumiputera bersaing dan
menikmati sama keuntungan yang selama ini dirasai oleh segolongan
kecil pengusaha saja.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam


 


Mdarif,


Mahukah org kita bersaing dengan kaum lain?


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Salah satu sebab DEB perlu wujud atau konsepnya dipakai semula..


Dulu2 dalam ghairah lancarkan sistem  pengswastaan ada badan2 berkanun yang tak patut diswastakan!


Melayu bukan nak tongkat sepanjang hidup tapi bantulah mereka hendak bertatih..


Peluang harus dibuka dan diberi..



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard