KITAB suci al-Quran mengandungi 114 surah iaitu 86 surah Makiyyah dan 28 surah Madiniyyah. Jumlah ayatnya pula adalah 6,236 ayat iaitu 4,613 ayat Makkiyah dan 1,623 ayat Madiniyyah.
Ayat Makiyyah diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah
Ayat Madaniyyah diturunkan di Madinah atau selepas Nabi berhijrah ke Madinah.
Perbezaan ayat Makiyyah dan Madiniyyah:
- Ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek, sedangkan ayat Madiniyyah panjang-panjang.
- Surah Madiniyyah adalah 11/30 daripada isi al-Quran dan selebihnya, surah Makaniyyah.
- Keseluruhan juz 28 adalah ayat Madiniyyah kecuali surah Mumtahinah dan ayatnya berjumlah 137. Juz 29 adalah ayat Makiyyah kecuali surah Ad-Dahr dan ayatnya berjumlah 431.
Surah al-Anfaal dan surah al-Syu'araa masing-masing setengah juz, tetapi yang pertama ayat Madiniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedangkan yang kedua ayat Makiyyah dengan ayatnya berjumlah 227.
- Dalam surah Madiniyyah ada perkataan ‘ya ayyuhalladzina aamanu’ dan hanya sedikit perkataan "yaa ayyuhannaas", sedangkan dalam surah Makiyyah pula adalah sebaliknya.
- Ayat Makiyyah pada umumnya mengandungi hal berhubung keimanan, ancaman dan pahala. Begitu juga kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
Ayat Madiniyyah pula mengandungi hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, ketatanegaraan, perang, hubungan antarabangsa dan antara agama.
Isi ajaran yang terkandung dalam al-Quran meliputi tiga fasa iaitu:
- Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya).
- Peraturan masa kini (ketika al-Quran diturunkan).
- Peraturan untuk masa depan (sejak masa Rasulullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
Alhamdulillah....hamba bersyukur kerana ada adik-beradik yang sedar dan tahu akan hal yang sebenar mengenai jumlah isi kandungan di dalam kitab suci Al-Quran yang kita junjung lafaz selama ni....
syabas hamba ucapkan kepada saudara intel_centrino & semoga adik-beradik yang lain sedia maklum mengenai perkara ini...kerana kebanyakkan orang2 lama tidak tahu mengenai perkara ni..sebaliknya hanya menegakkan yang 6666...
kompius...kompius...kompius... saya ni memang x brapa pandai sgt tentang agama... tapi saya nakkan penerangan tentang bilangan ayat˛ suci Al-Quran... diharap dpt penjelasan dr org˛ yg lebih arif dan warak supaya x terkeliru...
assalamualaikum....... ya la......Macamana semua abang dan ayah cakap ada 6666 ayat semasa tarbiah...dia orang tak kata ada 6236 ayat.ini yang kompius ni.........
ASSALAMMUALAIKUM...
pada kanda along chaq.. dan kanda2 jemaah... mula2 tu memang kita tak ketahuan... nak tahu lebih lanjut datang la ke krusus induksi setiap hari selasa.. dan akan beri krusus lanjutan...secara percuma (free beb) di situ kita akan faham ayat2 ALLAH yang sebenar... dan belajar tentang islam hadary
tu belum lagi kanda intel centrino keluar yang lain dan nyata didalam al quran...
tanya pada semua yang cakap ayat yang ada 6,666.. tu ayat apa tak ada BISMILLAH.... kerana muskil kita muskilkan lagi... nak tahu datang ke rnd.. kefahaman islam sejarah islam negara islam usahawan islam dan dunia islam... semuanya ada pada rnd.. sebab tu laa di panggil R.N.D... ok tak dinda sayangku penyu laut
Sebab Al-Quran yang mempunyai 6666 ayat adalah dari VERSI SHIAH!!!
Jadi untuk mengelakkan umat ISLAM yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah macam kita ni tersesat dengan terbeli Al-Quran versi shiah,maka ulamak sunnah(kufah) mengeluarkan kenyataan bahawa Al-Quran VERSI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH(Arab Saudi) mempunyai 6236 ayat....
Orang-orang shiah ni memang suka menambah-nambah sebab diaorang nak tegakkan fahaman diaorang......
Tapi kalau kita tanya orang la,walhal orang yang ada latarbelakang agama sekali pun, masih ramai yang mengatakan jumlah ayat Al Quran 6666....
Sekian
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Originally posted by: zairi_82 " Assalamualaikum, setahu saya pada Al-Quran yang 1 ada 30 juzuk dan 114 surah serta 6236 ayat. Tapi tak pa,kut-kut la kalau saya tersilap,jom kita sama-sama kira balik ada berapa ayat.Dah kira jgn pulak tak baca,bila dah baca jgn pulak tak paham,bila dah paham jgn pulak tak buat.sooooo....sendiri mau ingat...."
Kalau saudara semua masih ingat lagi, topik ini pernah dibincangkan..
along chaq wrote: assalamualaikum....... ya la......Macamana semua abang dan ayah cakap ada 6666 ayat semasa tarbiah...dia orang tak kata ada 6236 ayat.ini yang kompius ni......... ASSALAMMUALAIKUM... pada kanda along chaq.. dan kanda2 jemaah... mula2 tu memang kita tak ketahuan... nak tahu lebih lanjut datang la ke krusus induksi setiap hari selasa.. dan akan beri krusus lanjutan...secara percuma (free beb) di situ kita akan faham ayat2 ALLAH yang sebenar... dan belajar tentang islam hadary tu belum lagi kanda intel centrino keluar yang lain dan nyata didalam al quran... tanya pada semua yang cakap ayat yang ada 6,666.. tu ayat apa tak ada BISMILLAH.... kerana muskil kita muskilkan lagi... nak tahu datang ke rnd.. kefahaman islam sejarah islam negara islam usahawan islam dan dunia islam... semuanya ada pada rnd.. sebab tu laa di panggil R.N.D... ok tak dinda sayangku penyu laut -- Edited by andikaputra at 19:29, 2005-07-16
askum to all,
Setahu saya yg jahil ni la...ayat Al Quran yg turun maner ada bismillah..bismillah tu cuma penanda permulaan surah yg ditambah..Saper2 yg tau leh terangkan lebih jelas secara ringkas...maklumlah saya ni mengaji tak habih...guru plak meninggal
-- Edited by DewaPetir at 11:24, 2005-07-20
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice