Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: assalamualaikum/// bilangan sebenaq ayat ayat suci AL-QURAN


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
assalamualaikum/// bilangan sebenaq ayat ayat suci AL-QURAN


KITAB suci al-Quran mengandungi 114 surah iaitu 86 surah Makiyyah dan 28 surah Madiniyyah. Jumlah ayatnya pula adalah 6,236 ayat iaitu 4,613 ayat Makkiyah dan 1,623 ayat Madiniyyah.

Ayat Makiyyah diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah

Ayat Madaniyyah diturunkan di Madinah atau selepas Nabi berhijrah ke Madinah.

Perbezaan ayat Makiyyah dan Madiniyyah:

- Ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek, sedangkan ayat Madiniyyah panjang-panjang.

- Surah Madiniyyah adalah 11/30 daripada isi al-Quran dan selebihnya, surah Makaniyyah.

- Keseluruhan juz 28 adalah ayat Madiniyyah kecuali surah Mumtahinah dan ayatnya berjumlah 137. Juz 29 adalah ayat Makiyyah kecuali surah Ad-Dahr dan ayatnya berjumlah 431.

Surah al-Anfaal dan surah al-Syu'araa masing-masing setengah juz, tetapi yang pertama ayat Madiniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedangkan yang kedua ayat Makiyyah dengan ayatnya berjumlah 227.

- Dalam surah Madiniyyah ada perkataan ‘ya ayyuhalladzina aamanu’ dan hanya sedikit perkataan "yaa ayyuhannaas", sedangkan dalam surah Makiyyah pula adalah sebaliknya.

- Ayat Makiyyah pada umumnya mengandungi hal berhubung keimanan, ancaman dan pahala. Begitu juga kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

Ayat Madiniyyah pula mengandungi hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, ketatanegaraan, perang, hubungan antarabangsa dan antara agama.

Isi ajaran yang terkandung dalam al-Quran meliputi tiga fasa iaitu:

- Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya).

- Peraturan masa kini (ketika al-Quran diturunkan).

- Peraturan untuk masa depan (sejak masa Rasulullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:
RE: AIKKK BUKAN 6666 KER?


Macamana semua abang dan ayah cakap ada 6666 ayat semasa tarbiah...?

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:
RE: assalamualaikum/// bilangan sebenaq ayat ayat suci AL-QURAN


Assalamualaikum...///


Alhamdulillah....hamba bersyukur kerana ada adik-beradik yang sedar dan tahu akan hal yang sebenar mengenai jumlah isi kandungan di dalam kitab suci Al-Quran yang kita junjung lafaz selama ni....


syabas hamba ucapkan kepada saudara intel_centrino & semoga adik-beradik yang lain sedia maklum mengenai perkara ini...kerana kebanyakkan orang2 lama tidak tahu mengenai perkara ni..sebaliknya hanya menegakkan yang 6666...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

sesungguhnya saya yg bodoh ini langsung x tau mengenai perkara ini ..


thx a lot coz telling me ..



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

terima kasih di ucapkan kepada saudara intel centrino?



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...

kompius...kompius...kompius...
saya ni memang x brapa pandai sgt tentang agama...
tapi saya nakkan penerangan tentang bilangan ayat˛ suci Al-Quran...
diharap dpt penjelasan dr org˛ yg lebih arif dan warak supaya x terkeliru...


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

assalamualaikum.......


ya la......Macamana semua abang dan ayah cakap ada 6666 ayat semasa tarbiah...dia orang tak kata ada 6236 ayat.ini yang kompius ni.........



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Veteran

Status: Offline
Posts: 44
Date:

askum..


info yang bagus jugak..


terima kasih..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

along chaq wrote:



assalamualaikum....... ya la......Macamana semua abang dan ayah cakap ada 6666 ayat semasa tarbiah...dia orang tak kata ada 6236 ayat.ini yang kompius ni.........



ASSALAMMUALAIKUM...


pada kanda along chaq.. dan kanda2  jemaah... mula2 tu memang kita tak ketahuan... nak tahu lebih lanjut datang la ke krusus induksi setiap hari selasa.. dan akan beri krusus lanjutan...secara percuma (free beb) di situ kita akan faham ayat2 ALLAH yang sebenar... dan belajar tentang islam hadary


tu belum lagi kanda intel centrino keluar yang lain dan nyata didalam al quran...


tanya pada semua yang cakap ayat yang ada 6,666.. tu ayat apa tak ada BISMILLAH.... kerana muskil kita muskilkan lagi... nak tahu datang ke rnd.. kefahaman islam sejarah islam negara islam usahawan islam dan dunia islam... semuanya ada pada rnd.. sebab tu laa di panggil R.N.D... ok tak dinda sayangku penyu laut



-- Edited by andikaputra at 19:29, 2005-07-16

__________________
marsos six time


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Sebenarnya isu ni baru jugak timbul....


Sebab Al-Quran yang mempunyai 6666 ayat adalah dari VERSI SHIAH!!!


Jadi untuk mengelakkan umat ISLAM yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah macam kita ni tersesat dengan terbeli Al-Quran versi shiah,maka ulamak sunnah(kufah) mengeluarkan kenyataan bahawa Al-Quran VERSI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH(Arab Saudi) mempunyai 6236 ayat....


Orang-orang shiah ni memang suka menambah-nambah sebab diaorang nak tegakkan fahaman diaorang......


Tapi kalau kita tanya orang la,walhal orang yang ada latarbelakang agama sekali pun, masih ramai yang mengatakan jumlah ayat Al Quran 6666....


Sekian


 



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Originally posted by: zairi_82
"   Assalamualaikum, setahu saya pada Al-Quran yang 1 ada 30 juzuk dan 114 surah serta 6236 ayat. Tapi tak pa,kut-kut la kalau saya tersilap,jom kita sama-sama kira balik ada berapa ayat.Dah kira jgn pulak tak baca,bila dah baca jgn pulak tak paham,bila dah paham jgn pulak tak buat.sooooo....sendiri mau ingat....   "





Kalau saudara semua masih ingat lagi, topik ini pernah dibincangkan..


Terima kasih pada yang memberi tahu...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 121
Date:

ALHAMDULILLAH.. saya dah tanye yg lebih tau.. dia kata mmg betulapa yg diutarakan.. tq so much '''

__________________
'''Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Ku junjung'''


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


andikaputra wrote:



along chaq wrote: assalamualaikum....... ya la......Macamana semua abang dan ayah cakap ada 6666 ayat semasa tarbiah...dia orang tak kata ada 6236 ayat.ini yang kompius ni......... ASSALAMMUALAIKUM... pada kanda along chaq.. dan kanda2  jemaah... mula2 tu memang kita tak ketahuan... nak tahu lebih lanjut datang la ke krusus induksi setiap hari selasa.. dan akan beri krusus lanjutan...secara percuma (free beb) di situ kita akan faham ayat2 ALLAH yang sebenar... dan belajar tentang islam hadary tu belum lagi kanda intel centrino keluar yang lain dan nyata didalam al quran... tanya pada semua yang cakap ayat yang ada 6,666.. tu ayat apa tak ada BISMILLAH.... kerana muskil kita muskilkan lagi... nak tahu datang ke rnd.. kefahaman islam sejarah islam negara islam usahawan islam dan dunia islam... semuanya ada pada rnd.. sebab tu laa di panggil R.N.D... ok tak dinda sayangku penyu laut -- Edited by andikaputra at 19:29, 2005-07-16




askum to all,


Setahu saya yg jahil ni la...ayat Al Quran yg turun maner ada bismillah..bismillah tu cuma penanda permulaan surah yg ditambah..Saper2 yg tau leh terangkan lebih jelas secara ringkas...maklumlah saya ni mengaji tak habih...guru plak meninggal


 



-- Edited by DewaPetir at 11:24, 2005-07-20

__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard